>> Friday, December 14

Saya mula menulis blog kira kira 3 tahun lepas. Saya mula rasa ada keseronokan dalam menulis. Setiap kali saya menulis dan 'post entry' baru ke dalam blog, saya rasa bahagia dan puas, walaupun tiada orang baca tulisan tulisan saya ketika itu. Ada yang saya telah 'delete' kerana saya rasa malu bila membacanya sekarang.


ntah apa apa aku tulis!, monolog saya,

Saya terus tekan butang 'trash'. 'Entry' saya dihantar ke 'bakul sampah' oleh saya sendiri.

Saya jenis orang yang pendiam. Pakar psikologi mengatakan orang yang pendiam biasanya akan meluahkan perasaan melalui tulisan. Kalau suruh cakap, sepatah dua sahaja yang keluar, tapi kalau suruh tulis, 2 helai kertas pun tak cukup. Itulah psikologi orang pendiam. 

Ada benarnya buat diri saya.

Piskologis juga mengatakan, orang pendiam kurang  keyakinan diri, justeru mereka harus membina keyakinan diri yang kuat untuk keluar kepada masyarakat. Benar!, saya mempunyai keyakinan diri yang rendah apabila berhadapan dengan orang saya tidak kenal. Saya jadi malu untuk bercakap.

Maka, saya PERLU membina keyakinan diri. Jalannya?

Saya membina keyakinan diri saya melalui penulisan. Saya rasa keyakinan diri saya bertambah bila berjumpa teman teman terutama ikhwah akhwat yang 'SUDAH' mengenali saya, walau pertama kali berjumpa.

'Oh, anta lah pena mujahid?', sapa ikhwah baru berjumpa dengan saya.

'Oh, suami anti pena mujahid tu ek?, tanya akhwat pada isteri saya. Perbualan terus menjadi mesra, bertanya tentang anak saya yang meninggal (sebab mereka baca entry saya), isu isu semasa yang saya tulis, masalah tarbiah setempat dan lain lain (yang telah tertulis dalam entry saya)
Lebih mesra dan saya pun jadi tidak kekok. Perasaan malu dan rendah diri pada asalnya menjadi hilang. 

Ya, hilang. Terasa saling mengenali.

Kenapa perlu menulis?
Kecenderungan remaja masa kini adalah membaca bahan bahan yang ringan dan santai. Saya membaca tulisan pakar psikologi dari UiTM , En Sulaiman Selamat bahawa remaja masa kini lebih meminati bahan bacaan ringan kerana terdedah dengan budaya generasi baru yang dilahirkan dalam persekitaran mewah, mudah, pantas dan selesa (Metro, 31 Jan 2011).

Saya tidak mahu meringankan tulisan saya seringan ringannya sehingga menjadi 'tulisan sampah', selepas habis menikmati, kemudian terus buang. Hanya seronok baca, tapi tiada sebarang manfaat ilmu yang diperoleh.

Saya cuba mengelak dari memasukkan dalil dalil yang berlebar lebar panjang, sehingga menjadikan tulisan saya nampak terlalu ilmiah. Saya lebih suka guna gaya bahasa penceritaan dan analogi.

Berdasarkan kajian yang dilakukan Perpustakaan Negara pada 2005, secara purata keseluruhan rakyat Malaysia membaca dua buku setahun berbanding purata sebelum ini dua halaman buku setahun, terendah dalam kalangan Negara Asia. (Harian Metro : 31 Januari 2011).

Termenung saya membaca dapatan kajian ini. Saya jadi terfikir, adakah saya termasuk golongan ini. Jawapannya, ? (biarlah rahsia), bagaimana anda?.

Perubahan zaman. Ya, zaman berubah. Kebanyakan manusia lebih suka membaca blog blog yang bersifat santai dari membaca buku dengan tulisan dan perenggan yang berkotak kotak. Nanti kepala pun jadi kotak kotak kata mereka .

Hasil kajian UKM juga menunjukkan 77.6% remaja mendapat maklumat melalui novel novel dan cerita cerita samaada melalui blog atau buku bukan melalui buku buku ilmiah yang dipenuhi fakta berjela jela.

'Saya tak pandai menulis, saya tiada ilmu'

Lontaran ayat yang biasa saya dengar.

Tipu!

Anda hanya tipu pada diri sendiri.

Apakah anda buta huruf?, tak tahu membaca dan menulis? atau apa?

Anda tidak punya kisah hidup untuk dikongsi dan diambil ibrah bersama?!. Anda tidak pernah dibantu oleh Allah ketika masa duka anda?!..anda tidak pernah diberi nikmat oleh Allah yang boleh dikongsikan bersama?!.

Jalannya?

Anda hanya perlu mula menulis. Mulakan dengan penceritaan tentang diri anda atau orang lain, kemudian kaitkan dengan fakta dan dalil Al Quran, hadis, cerita sahabat atau tabiin mengiringi cerita anda.

 Ini penting!, kalau tidak, cerita anda hanyalah cerita kosong yang membuat orang ketawa atau menangis dan kemudian tiada sebarang manfaat ilmu atau motivasi yang diperolehi.

Kalau demikian, anda hanya menulis cerita 'sampah'. Makan sedap sedap kemudian buang

Metod Penulisan Tarbiyah dari Al Quran

Cuba perhatikan beberapa bentuk penulisan Al Quran mentarbiyah manusia.

Antara karakternya adalah dengan interaksi langsung Al Quran dengan manusia

Adakah tidak kamu lihat bagaimana tuhan kamu memperlakukan terhadap tentera bergajah? (Al Fil: 1)
Pada hari ini telah Ku-sempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agamamu. QS. 5:3)

Kaedah ini membuatkan seolah Al Quran sedang berbicara langsung dengan kita. Saya suka menggunakan kaedah ini dalam penulisan saya. Saya lebih suka menggunakan perkataan 'saya' dan 'anda'.

Dengan demikian, saya berharap pembaca merasakan bahawa saya sedang bercakap dengan mereka. 
Dalam penulisan saya juga, saya lebih gemar menggunakan kaedah dialog. Al Quran juga menggunakan kaedah dialog untuk memastikan cerita itu hidup dan meresap di dalam hati (uslub al muhawarah). Cuba perhatikan kisah Maryam a.s tatkala sangat sakit ingin melahirkan Isa a.s.

“Maka (Maryam) merasa sakit untuk melahirkan anak memaksa ia bersandar pada pangkal pohon kurma, dia berkata: ‘Aduhai! Alangkah baiknya aku mati sebelum ini dan aku menjadi barang yang tidak bererti lagi dilupakan’.” (Surah Maryam: 23)

Maryam merasa sakit yang amat sangat ketika hendak melahirkan Isa a.s. sehingga dia merasakan lebih baik mati sahaja daripada menanggung derita melahirkan kandungan tersebut tetapi keresahan itu telah ditenteramkan oleh Jibril a.s. yang menyeru dari jauh.

“Maka Jibril menyeru ke arahnya dari tempat yang rendah (berkata jibril): ‘Jangan kamu bermuram durja, sesungguhnya Tuhanmu menjadikan anak sungai di bawahmu dan goyangkanlah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon tersebut akan menggugurkan buah yang mekar kepadamu.” (Surah Maryam:24-25)

Selain itu, Al Quran juga menggunakan kaedah perumpamaan @analogi

Hai manusia, telah dibuat perumpamaan, maka dengarkanlah olehmu perumpamaan itu. Sesungguhnya segala yang kamu seru selain Allah sekali-kali tidak dapat menciptakan seekor lalat pun, walaupun mereka bersatu untuk menciptakannya. Dan jika lalat itu merampas sesuatu dari mereka, tiadalah mereka dapat merebutnya kembali dari lalat itu. Amat lemahlah yang menyembah dan amat lemah (pulalah) yang disembah. Mereka tidak mengenal Allah dengan sebenarbenarnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Mahakuat lagi Mahaperkasa.” (Surah Al-Hajj, 22: 73-74)

Tujuan daripada analogi adalah supaya pembaca lebih faham dan mendapat gambaran sebenar tentang apa yang dimaksudkan. 

Saya suka kaedah analogi ini. Bagi yang pernah membaca tulisan saya mungkin pernah membaca kisah singa yang berjiwa kambing, kisah arnab dan kura kura dan lain lain. 

Al Quran juga memaparkan uslub soal jawab

 “Dan mereka bertanya kepadamu tentang apa yang mereka nafkahkan? Katakanlah: yang lebih dari keperluan….” ( al-Baqarah: 219).

Begitulah kehebatan Al Quran dalam memaparkan pelbagai uslub (kaedah) cerita.

Kesimpulan

Seperti yang saya sebutkan, anda tidak perlu mempunyai ilmu setinggi gunung untuk menulis. Anda juga tidak perlu menjadi penghafaz Al Quran untuk men kod kan ayat Al Quran atau menjadi rawi untuk men kod kan hadis.

Apa tujuan anda menulis?

Tarbiyah

Apa objektif tarbiyah?

Perubahan

Berubah?, Ya, berubah
(p/s saya menggunakan metod soal jawab di atas)

Maka tulisan anda haruslah mebuatkan pembaca berubah fikirannya dan amalnya. Terkadang tulisan yang panjang dengan bertan tan dalil (ada yang berkait, ada yang tidak) tetapi tidak membentuk sebarang anjakan pemikiran dan tingkah laku juga boleh dikira tulisan yang kosong.

Pepatah arab menyebut

khairul kalam ma qalla wa dalla

Sebaik baik perkataan adalah yang ringkas dan jelas.

Terkadang tulisan anda relatif singkat, tetapi pembaca memahami dari maksud tulisan anda dan mula melakukan perubahan diri. Justeru, itu lebih baik. Anda sudah beroleh pahala berganda!.

Anda masih tidak mahu menulis?!
Wallahua'lam
Pena Mujahid


-- 
http://www.penamujahid.com/

teruskan membaca...

Blog ini tidak akan di aktifkan..bertukar ke www.penamujahid.com

>> Tuesday, May 10

Blog ini tidak akan di aktifkan mulai saat ini..bertukar ke www.penamujahid.com

teruskan membaca...

Pencuri itu...

>> Friday, May 6

teruskan membaca...

Tolong Saya:'Saya Seorang Pemarah’

>> Tuesday, May 3

Tolong Saya:'Saya Seorang Pemarah’

teruskan membaca...

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP